Posts

Showing posts from 2019

Titik Perjalanan

Image
Di satu titik, perjalanan, terasa Engkau,  memeluk erat diriku, kehangatan kasih sayangMu, buatku nyaman, tenang bukan seperti selalu, Fikiran, yang kusut, menjadi hilang, seakan bebanan sudah tiada, ianya terlerai, dengan mudahnya, Rohku, Jiwaku, seperti dibelai lembut, buatku ingat, Engkau akan tetap, bersamaku, dan aku jua, akan kembali kepadaMu. Kasihry, 171219 1148 AM.

Menjahit Sayapku

Image
Tika aku, Menjahit sayapku, Walauku tidak tahu, Terjadi seperti apa nantinya, Apakah aku bisa terbang, ataupun tidak, Namun ku tetap, Ingin mengajak kamu, Belajar bersama, Menjahit sayap masing-masing, Agar bisa terbang bersama, Namun, Tika menjahit sayapku, Rupanya, ditengahnya tanganku berdarah, Jahitanku salah, Jahitan sayap mereka juga turut salah, Aku katakan pada mereka, Aku mohon maaf, Ayuh kita mulakan semula, Bangkit dari sebuah kegagalan, Menjahit sayap kita, Sehingga kita bisa terbang bersama. Kasihry, Selamat Datang Disember. 2019.

Malam Yang Pekat

Image
Malam yang pekat, saat insan lain, sedang, nyenyak tidur dibuai mimpi, sedang ada yang, menangis tersungkur dibucu katil, tiada datang memapah, membantu berdiri. Malam yang pekat, dirinya sendirian, gelap gelita, mencari dimana ada cahaya, keluar dari gelapnya malam, sunyinya kiri dan kanan. Malam yang pekat, selalu gusar bila ianya hadir, walau malam sinonim dengan ketenangan, namun baginya, suatu kegusaran, Kerna malam yang pekat, membuat dia ingat, pengalaman buruk, matanya menjadi segar bugar, sehingga cahaya mentari, hadir di pagi hari. Malam yang pekat, Menuju sebuah meja, dikamarnya, Dirinya duduk dengan tenang, dan perlahan, namun banyak persoalan, bermain difikiran, lalu, dia memutuskan, meluahkan segala rasa, di atas kertas lama, Satu persatu, setiap rasa itu, ditumpahkan, untuk melegakan, sesaknya dada, kusutnya fikiran. Kasihry.

Ada~~

Image
Ada yang perlu, di simpan rapi, kemas berkunci, saat berjalan jauh, niat memaknai, kehidupan diri, Menitipnya, dengan penuh harap, hanya pada Ilahi, Dia sebaik-baik penjaga, apa yang ada di langit, dan juga dibumi. Kasihry, 171119.

Saat Mendaki Tangga-Tangga Kehidupan

Image
Jari ini, laju mengetik, abjad abjad pada keypad, telefon pintar, atau mungkin, Dengan menulis, pada helaian kertas, Satu persatu, abjad dicantum, akhirnya, menjadi sebuah kata, menggambar berjuta rasa, untuk dikongsi bersama, juga kadang, abjad itu hanya, dibentuk menjadi sebuah kata, sebagai kenang-kenangan, buat diri yang menukilnya, Kerna, kelak, kata itu boleh jadi, sebuah kata memberi, harapan dan senyuman, saat membacanya semula. Kasihry, menulis menjadi kekuatan, saat mendaki tangga-tangga kehidupan.

Hari Ini

Image
12 Rabiul Awwal, lahirnya seorang insan, mulia dan sangat dimuliakan Allah, Perilaku, tutur katanya, penampilannya, buat para sahabat ingin selalu bersamanya, nyaman terasa, sejuk di dada, 1400 tahun yang lalu, Insan mulia ini, siang dan malamnya, ibadah dan dakwah, walau sudah di akui, Baginda terpelihara dari dosa, namun tetap mengabdikan diri pada Allah, Insan mulia ini, kerna pengorbanannya, tanpa kenal erti lelah dan sakit, berbillion manusia, sehingga zaman ini, dapat rasai nikmatnya Iman, Insan mulia ini, tidak pernah sekali bertemu kita, hidup di zaman selepas kewafatannya, namun cintanya, sangat besar buat kita semua, Ummatnya, Malahan, Baginda akan memberi syafaat, Buat ummatnya kelak, Bagaimana mungkin, kita tidak cintakan Baginda? selalu rindu ingin bertemu dengannya, ingin melihat senyum manisnya, Walau saat ini, masih berusaha, laksanakan sunnahnya, masih rapuh cinta dan pengorbanan buatnya, Maafkan kami Ya Rasulullah, Namun kami t

Malam Itu

Image
Selepas membuat Assignment dalam pukul 11 malam. Habis awal sebab mata sudah letih melihat laptop, jari surah lengguh menaip ayat hehe. Lalu, aku bersedia untuk tidur awal kononnya, aku matikan lampu, dan macam biasa, kebiasaan sebelum tidur aku mesti mendengar beberapa ceramah atau tazkirah pendek di youtube. Sambil-sambil dengar ceramah, satu chat masuk dari aplikasi WhatsApp. Aku berhenti sekejap daripada mendengar ceramah, lalu aku lihat apps itu. Rupanya ada seornag insan yang memberi respon dari status WhatsAppku. Setelah itu, insan tersebut bertanyakan khabarku, aku juga bertanyakan benda yang sama. Cuma katanya, Hatinya yang sedang sakit. Aku bertanya dengan ayat " Alaaa, kenapa ". Lalu katanya ada banyak masalah. Apa yang membuatkan aku tidak jadi tidur itu apabila insan itu bertanyakan dengan kata mudahnya " Macam mana mahu sembuhkan hati yang sakit ? ". Allahu, saat itu, soalan itu seperti sedang menegur diriku namun lewat soalan dan orang lain. Aku

Kenapa Aku Menulis?

Image
Kenapa Aku Menulis? Bila di tanyakan soalan tentang ini, ada satu jawapan yang pasti. Kerna menulis aku cinta. Bagi aku menulis itu suatu seni dari hati yang dipecahkan dengan kata-kata. Bagi aku menulis itu adalah salah sebuah jalan untuk berbagi, walau mungkin tidak ramai yang membacanya, cukup seorang bila ia manfaatkan dan terasa sesuatu yang positif darinya sudah cukup memberikan makna besar buat diriku. Mungkin bagi yang lain, " alaa, menulis sahaja pun, hanya kata-kata ", tapi bagi aku setiap yang idea dan tulisan adalah ilham dari Tuhan, dan rasa yang hadir dari jiwa yang paling dalam. Ada alasan lain menjadi asbab kenapa aku menulis, kerna aku ingin meninggalkan sesuatu saat aku sudah tiada nanti. Aku sedar, tulisanku tidaklah sehebat para penulis di luar sana yang punya tulisan sehingga mampu mencuit hati para pembaca. Yang punya tulisan sehingga mampu membuka minda para pembaca. Tapi bila Kembali kepada niat asalku, setiap tulisan adalah sebuah tanda bah

Coretan Lama ( Part 1 )

Image
Kerna Menulis Aku Cinta

KISAH YANG BERBEKAS ( Part 3 )

Aku melangkah dengan tenang apabila keluar daripada bilik bahagian ke dua. Aku dan rakan-rakan hanya tinggal perlu menunggu untuk dipanggil ke stage yang terakhir, iaitu bilik bahagian ke 3 iaitu berkaitan pengetahuan ilmu Feqah. Sambil-sambil menunggu giliran, aku membaca nota-nota feqah yang aku simpan di dalam telefon. Alhamdulillah, beberapa minit kemudian, sudah saatnya giliran aku untuk masuk ke dalam bilik tersebut. Aku mengetuk pintu dan belum sempat aku memberi salam, ustaz tersebut terlebih dahulu menyapa aku dengan " Assalamualaikum ustazah, silakan masuk " dan senyuman di wajahnya. Aku sebagai calon, apabila penemuduga begitu nampak ceria dan mesra, aku lebih tenang sebenarnya untuk meneruskan sesi tersebut. *Siapa pernah alami? rasa tenang bukan? hehe  Sebelum meneruskan sesi soalan jawab, ustaz tersebut perkenalkan dirinya serba sedikit lalu menyatakan sebab kenapa beliau gelar "calon" sebagai ustazah. Katanya " InshaAllah kamu akan berge

KISAH YANG BERBEKAS ( Part 2 )

Selesai aku memberikan IC kepada penemuduga, aku diminta untuk memperkenalkan diri di dalam bahasa arab. Bertambah nebesku, tapi cubaku sorok dengan senyuman macam biasa. Bahasa arabku memang tunggang terbalik masa itu, dah lama tak dengar kalimah arab, dah lama tinggal, jadinya aku bantai saja, yang penting yakin walaupun salah grammar. 😂 *buat-buat yakin saja walaupun banyak salah. Tapi malu juga, Ustazah tu tegur bahasa arabku, dengan alasan aku banyak lupa, sedangkan beliau melihat resumeku daripada diploma Al Quran dan As sunnah, tapi cakap arab pun masih tidak fasih. Bertambah maluku, bila ustazah kata macam tu. Kembali mengentuk diri, " Apalah yang kau dah belajar 3 tahun lalu " Habis saja perkenalkan diri, ustazah tersebut mula bertanya soalan-soalan berkaitan kafa. Aku di tanya siapakah ketua jakim sabah tidak silap. Sekali lagi, dengan selambernya aku katakan " Saya tidak tahu " . Seriusss, saat itu, memang nak menangis dah, satu persatu soalan

KISAH YANG BERBEKAS ( Part 1)

Kisah dua tahun yang lalu. Setelah aku tamat belajar diperingkat diploma, hampir setengah tahun juga aku hanya duduk di rumah dan mengisi masa malamku dengan menjadi guru tuisyen ( Mengaji ) di sebuah pusat tuisyen tidak jauh dari rumah. September 2016, aku telah mengambil keputusan yang cukup besar untuk meneruskan pelajaran di peringkat Ijazah tetapi belajar separuh masa, ( PJJ) di daerah Tawau. Setelah dua semester aku lalui tanpa pekerjaaan, aku mula berfikir untuk mencari kerja. Pada akhir tahun 2016, aku sekali lagi mencuba untuk mengisi borang untuk menjadi Guru Kafa. Alhamdulillah, borang diterima dan diminta untuk menghadiri temuduga yang pertama di pejabat kafa daerah Tawau. Aku tidak pernah ada pengalaman untuk temu duga kerja, beberapa hari sebelum hari temuduga, aku sempat membuat persediaan tentang ilmu-ilmu agama, hukum-hukum tajwid, feqah dan sebagainya. Selebihnya aku banyak berdoa, solat hajat semoga Allah mudahkan urusan aku. Tibalah sudah hari t

KERDIL TIADA KUASA

Image
Ini adalah tentang sebuah cerita lama,baru berniat untuk menulisnya di sini. Kisah sekitar tiga bulan lalu. Tarikhnya masih segar di dalam ingatanku iaitu pada 06.04.2019 .   Kisah ini bermula apabila dua orang sahabatku ( kak Mia dan Shira ) mengajak untuk pergi ke kolam ikan milik ibunya, aku pernah pergi sekali pada tahun 2018. Tempatnya tidak jauh, tetapi perlu merentas lautan untuk sampai di kolam itu, sekitar 15 minit menaiki bot. Malam itu, sempat aku bertanya apa yang perlu untuk dibawa ke sana, pergi ke sana dengan niat untuk tenangkan fikiran, menikmati alam, berenang dan meluangkan masa bersama-sama. Keesokkan paginya, sekitar jam 10 pagi kak mia menaiki kancil comelnya mengambil aku ke rumah, kemudian kami bersama-sama untuk mengambil shira di rumahnya. Gerak dah lewat, tapi masih belum sempat bersarapan. Kami bertiga masing-masing perut kosong, perut sudah mula berkeroncong. Aku pun meminta kak mia untuk singgah di sebuah gerai berdekatan, banyak juga hasil belia

Membangun Diri Semula

Image
Bulan ini, aku menyambung semula bacaan. Mengingat semula azam tahun ini, kena khatam buku sekurang-kurangnya satu buku sebulan. Aku capai buku kecil tulisan Dr Abdullah Nashih Ulwan, dengan tajuk Tarbiyah Ruhiyyah. Buku ini dah sebulan lebih tinggalkan, dan aku perasan akan baca semula buku ini apabila diri rasa kosong, lemah dan sedih. Seminggu ini, aku banyak bermonolog bagaimana keadaan hati saat ini, kenapa timbulnya rasa malas, kenapa rasa lemah, dan semua kenapa..kenapa..dan kenapa.. Korang pernah rasa seperti ini? Helaian demi helaian aku baca, tulisan beliau sangat kena pada hati, sangat menjentik hati yang mungkin sudah lalai dengan dunia. Kesibukan duniawi menjadikan diri lupa, malas, dan tidak khuyuk dalam hubungan dengan pencipta. Aku tinggalkan kerja-kerja dan Assignments yang lagi 5 hari untuk di hantar. Tinggalkan buat seketika untuk mencari hati semula. Aku tahu, selagi hati masih terasa lemah, buat apapun susah untuk menghadirkan hati, duduk depan

Masa dan Kerehatan

Image
Seperti biasa, balik dari kerja segera solat asar,  bila selesai,kerjakan apa yang patut di ruang dapur. Bila semua dah selesai, aku mesti ambil masa dalam 15 minit untuk berbaring, merehatkan badan sambil-sambil tengok media sosial. Ya, macam biasa.  Puas berehat, bingkas bangun untuk membersihkan diri dan bersiap untuk magrib,  selesai solat magrib, aku duduk lama sedikit tidak macam biasanya, ada sesuatu yang aku fikirkan sejak semalam. " Tentang sebuah kerehatan dan masa " . Ini yang membuatkan aku susah tidur semalaman, hampir pukul 1 pagi baru aku terlena.  Tentang masa, aku sangat merasai buat ketika ini, aku sangat perlu menghargai " Masa ", kerna apa, pada bulan July ini, terlalu banyak kerja yang perlu di selesaikan, disamping Assignments yang menghampiri tarikh akhir untuk di hantar. Dulu aku pernah bisik dan azamkan dalam diri sendiri, " untuk semester akan datang, aku kena bersungguh, tidak bertangguh kerja ", " aku

Untukmu, Sahabatku

Image
Terima kasih, mengajarkan aku untuk senyum kembali, Terima kasih kau selalu membuatkan aku lupa sakitnya sebuah ujian, Terima kasih, kau sentiasa dukung aku dengan kata-kata yang membangkitkan, Terima kasih, kau ingatkan aku, sungguh luas Rahmat dan Kasih sayang Tuhan, Terima Kasih, kau pegang dan genggam tangan ini, bawa aku semula ke jalan kebenaran, Terima kasih, selalu meminjamkan bahu, untuk aku mengalirkan airmata, sehingga terlena. Dari detik perkenalan sehingga saat ini. 26.06.2019. @rawiah_ry