KISAH YANG BERBEKAS ( Part 2 )

Selesai aku memberikan IC kepada penemuduga,
aku diminta untuk memperkenalkan diri di dalam bahasa arab. Bertambah nebesku, tapi cubaku sorok dengan senyuman macam biasa. Bahasa arabku memang tunggang terbalik masa itu, dah lama tak dengar kalimah arab, dah lama tinggal, jadinya aku bantai saja, yang penting yakin walaupun salah grammar. 😂 *buat-buat yakin saja walaupun banyak salah.

Tapi malu juga, Ustazah tu tegur bahasa arabku, dengan alasan aku banyak lupa, sedangkan beliau melihat resumeku daripada diploma Al Quran dan As sunnah, tapi cakap arab pun masih tidak fasih. Bertambah maluku, bila ustazah kata macam tu. Kembali mengentuk diri, " Apalah yang kau dah belajar 3 tahun lalu "

Habis saja perkenalkan diri, ustazah tersebut mula bertanya soalan-soalan berkaitan kafa. Aku di tanya siapakah ketua jakim sabah tidak silap. Sekali lagi, dengan selambernya aku katakan " Saya tidak tahu " . Seriusss, saat itu, memang nak menangis dah, satu persatu soalan aku tidak tahu. Bila beralih kepada soalan ke dua dan ke tiga baru dapat jawab, itu pun ala kadar saja. Yang penting buat-buat muka yakin. :)

Setelah semuanya selesai, kami diminta untuk keluar daripada bilik tersebut, dan tunggu giliran untuk iv bahagian ke dua. Sempat aku ucapkan terima kasih kepada ustazah.

Kawan-kawan yang diluar bilik, bertanya tentang apa yang berlaku semasa iv kami. Aku hanya katakan " Alhamdulillah, biasa saja, ada juga soalan yang aku tidak tahu ".

Setelah itu, kedengaran namaku dipanggil dari arah bilik bahagian ke dua. Aku segera masuk bersama seorang lagi calon. Rupanya bahagian ke dua ini, adalah berkaitan bacaan Al Quran. Alhamdulillah, aku sedikit lega. Aku mulakan bacaan dengan suara yang gementar, cuba berhati-hati dengan hukum tajwid. Selesai kami berdua membaca, ustaz tersebut bertanyakan soalan isu semasa berkaitan " GST ". Nebes aku masa tu bertambah-tambah, tapi nasib baiklah kawan yang lagi satu tu yang kena jawab, dan aku disebelahnya hanya mengiakan pendapat yang dia berikan. 

Selesai menjawab soalan, apa yang meninggalkan kesan pada aku semasa sesi tersebut, ustaz tersebut sempat memberikan pesanan dan nasihat agar menjadikan membaca Al Quran ini adalah rutin harian. Sehari satu muka surat pun sudah memadai. Katanya lagi " Saya tua-tua macam ni pun, saya ada group whatsApp untuk tadarus Al Quran, bukan satu, tetapi ada dua, dan lain lagi bacaan Al Quran sendiri, mahu atau tidak mahu saya wajib habiskan bacaan kerana itu adalah Amanah, kena pandai cari masa untuk membaca Al Quran" Aku mendengar dengan teliti perkongsian beliau, sebab itu sampai hari ini aku masih ingat pesanan beliau. Semoga Allah merahmati ustaz selalu.

Bersambung ~~

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Menjahit Sayapku

Ada~~

Malam Yang Pekat