KISAH YANG BERBEKAS ( Part 1)

Kisah dua tahun yang lalu.

Setelah aku tamat belajar diperingkat diploma, hampir setengah tahun juga aku hanya duduk di rumah dan mengisi masa malamku dengan menjadi guru tuisyen ( Mengaji ) di sebuah pusat tuisyen tidak jauh dari rumah.

September 2016, aku telah mengambil keputusan yang cukup besar untuk meneruskan pelajaran di peringkat Ijazah tetapi belajar separuh masa, ( PJJ) di daerah Tawau.

Setelah dua semester aku lalui tanpa pekerjaaan, aku mula berfikir untuk mencari kerja. Pada akhir tahun 2016, aku sekali lagi mencuba untuk mengisi borang untuk menjadi Guru Kafa. Alhamdulillah, borang diterima dan diminta untuk menghadiri temuduga yang pertama di pejabat kafa daerah Tawau.

Aku tidak pernah ada pengalaman untuk temu duga kerja, beberapa hari sebelum hari temuduga, aku sempat membuat persediaan tentang ilmu-ilmu agama, hukum-hukum tajwid, feqah dan sebagainya. Selebihnya aku banyak berdoa, solat hajat semoga Allah mudahkan urusan aku.

Tibalah sudah hari temuduga tersebut, bapa dan mak yang menghantar aku ke tawau. Belum keluar dari kereta, aku sudah mula terketar-ketar dan gerun melihat satu persatu calon yang tiba untuk hadir ke temuduga. Dalam hati, aku berserah hanya pada Dia. Memang ingat Dia sahaja saat itu.

IV 2017, sesi pertama adalah sesi bertulis (subjektif ) dimana soalan-soalan adalah berkenaan ilmu jawi, bahasa arab, sirah, akidah, feqah, dan seumpamanya. Aku ingat lagi, nebes dia lain macam, satu persatu dengan teliti aku menjawabnya, ada juga soalan yang ianya tidak susah tetapi ragu dengan jawapan.

Selesai sesi pertama, aku muhasabah sejenak, rupanya banyak ilmu agama yang aku masih tidak tahu, dan kurang pandang serius. Rasa malu, sedikit saja jawapan yang aku pasti betul, selebihnya rasa malu dengan diri sendiri. Allahu..
Baru sesi pertama, tapi diri rasa macam tidak yakin akan terpilih.

Diteruskan dengan sesi ke dua, IV secara lisan. Part ini dibahagikan kepada 3 bahagian. Memandangan calon saat itu melebihi 60 orang, namaku dikatogerikan dipertengahan tidak silap, kerna urutan mengikut huruf pertama nama calon. Bertuah sungguh nama huruf " R ". Jadinya ada masa untuk tenang-tenangkan diri. Tapi apa yang jadi bukan tenang, tapi rasa gerun dan semakin berdebar apabila setiap calon-calon yang keluar daripada bilik IV mengatakan " susahnya soalan tadi ", " banyaknya yang aku tak boleh jawab " . Aku yang mendengar rasa kecut jantung 😂, terasa makin tersiksa kerna giliran aku lambat lagi.

Tapi syukur juga, kawan-kawan yang lain berkongsi apa diantara soalan-soalan yang diberikan kepada mereka, sempat jugalah aku cari-cari jawapan untuk persediaan akhir di google.

Giliran aku pun sudah sampai, 3 orang calon sekaligus masuk ke bilik yang pertama. Sebelum sesi penemu duga itu bertanya soalan-soalan yang lain, Ustazah tersebut meminta aku mengeluarkan kad pengenalan (IC). Dan tanpa sedar, aku tinggalkan dompet di dalam kereta. Saat itu sudah agak panic, dalam hati " Ya Allah, bolehnya aku tinggalkan benda yang penting dalam iv " ketuk diri sendiri.

Dengan rasa bersalah, aku katakan pada ustzh tersebut " IC saya tertinggal di dalam kereta, ada bersama mak bapa saya. Lalu, ustazah meminta aku untuk mengambilnya saat itu juga.  Lagi menyedihkan, kelibat kereta bapa sudah tidak kelihatan, rupanya mak dan bapa sedang bersiar siar di bandar.

Dengan rasa bersalah lagi, dan dengan selamba aku katakan " Ustazah, maaf, mak bapa saya berada di bandar tawau, tetapi saya ada salinan IC saya, kalau saya bagi yang salinan boleh? *dengan muka senyumku. Ustzh pun mengiayakan sambil memberi peringatan " Kalau di ikutkan kamu sudah melanggar syarat di dalam IV ". Aku hanya mengangguk tanda bersalah dan mengukirkan senyuman kembali, saja untuk menutup rasa sedih hatiku.  Tapi, Alhamdulillah, masih tetap diterima untuk meneruskan iv.
Namun dalam hati, " Sudah tiada harapan untuk aku terpilih, benda penting dalam iv pun aku sudah gagal "

Bersambung ~~~





Comments

Popular posts from this blog

Untukmu, Sahabatku

Menjahit Sayapku

Saat Mendaki Tangga-Tangga Kehidupan