Kenapa Aku Menulis?

Kenapa Aku Menulis?

Bila di tanyakan soalan tentang ini, ada satu jawapan yang pasti. Kerna menulis aku cinta. Bagi aku menulis itu suatu seni dari hati yang dipecahkan dengan kata-kata. Bagi aku menulis itu adalah salah sebuah jalan untuk berbagi, walau mungkin tidak ramai yang membacanya, cukup seorang bila ia manfaatkan dan terasa sesuatu yang positif darinya sudah cukup memberikan makna besar buat diriku. Mungkin bagi yang lain, " alaa, menulis sahaja pun, hanya kata-kata ", tapi bagi aku setiap yang idea dan tulisan adalah ilham dari Tuhan, dan rasa yang hadir dari jiwa yang paling dalam.

Ada alasan lain menjadi asbab kenapa aku menulis, kerna aku ingin meninggalkan sesuatu saat aku sudah tiada nanti. Aku sedar, tulisanku tidaklah sehebat para penulis di luar sana yang punya tulisan sehingga mampu mencuit hati para pembaca. Yang punya tulisan sehingga mampu membuka minda para pembaca. Tapi bila Kembali kepada niat asalku, setiap tulisan adalah sebuah tanda bahawa aku mencintai setiap jalan hidupku. Sebab itu, aku nukilkan dalam bentuk tulisan. Setiap tulisan itu adalah khas buat diri sendiri utamanya, dan disebarkan buat mereka diluar sana. Siapa tahu, ianya juga mungkin sebuah dakwah kecilku.

Aku teringat, sejak duduk di sekolah menengah lagi aku sememangnya minat dalam bidang penulisan. Memang suka berkongsi ilmu di media sosial. Dan sehingga zaman diploma, menulis itu sudah menjadi kebiasaan. Akhirnya, minat itu terus seringan sehingga usiaku saat ini, buku nota, noted dI dalam telefon, memang dipenuhi dengan tulisan-tulisan berbaur motivasi, peringatan, musahabah, dan luahan. Semua yang tertulis adalah spontan apabila ada yang bermain di dalam fikiran lalu terus ditumpahkan menjadi sebuah tulisan. Ini semua kerna menulis aku cinta.

Kasihry,
051119 0136 PM.

Comments

Popular posts from this blog

Menjahit Sayapku

Ada~~

Malam Yang Pekat