Masa dan Kerehatan


Seperti biasa,balik dari kerja segera solat asar, bila selesai,kerjakan apa yang patut di ruang dapur.
Bila semua dah selesai, aku mesti ambil masa dalam 15 minit untuk berbaring, merehatkan badan sambil-sambil tengok media sosial. Ya, macam biasa. 

Puas berehat, bingkas bangun untuk membersihkan diri dan bersiap untuk magrib, 
selesai solat magrib, aku duduk lama sedikit tidak macam biasanya, ada sesuatu yang aku fikirkan sejak semalam. " Tentang sebuah kerehatan dan masa " . Ini yang membuatkan aku susah tidur semalaman, hampir pukul 1 pagi baru aku terlena. 


Tentang masa, aku sangat merasai buat ketika ini, aku sangat perlu menghargai " Masa ", kerna apa, pada bulan July ini, terlalu banyak kerja yang perlu di selesaikan, disamping Assignments yang menghampiri tarikh akhir untuk di hantar. Dulu aku pernah bisik dan azamkan dalam diri sendiri, " untuk semester akan datang, aku kena bersungguh, tidak bertangguh kerja ", " aku kena bekerja dengan lebih baik, hantar kerja tepat masa ", tapi semua itu aku sudah lupakan, azam yang hanya menjadi angan-angan. Sedih! bila teringat masa berbulan yang aku abaikan, aku telah menjadi orang yang rugi, lagi sedih! Sama seperti yang Allah firmankan di dalam surah Al asr. 


لصَّبْرِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ صَوْا وَتَوَا الصَّالِحَاتِ وَعَمِلُوا ءَامَنُوا الَّذِينَ إِلاَّ •خُسْرٍ لَفِي الإِنسَانَ إِنَّ •وَالْعَصْرِ
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal sholih dan saling menasihati supaya menaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran" 

Tapi sungguh, tuhan kirimkan aku insan-insan yang baik, untuk ingatkan aku " Hargailah masa yang ada, hatta sesaatpun, hatta waktu ini saat aku sedang menulis ", tinggal beberapa hari saja masa aku untuk bersungguh dan menggerah idea, mencari bahan untuk membuat Assignments. Ya, ada 20 hari lagi. Tolong kalian doakan buat kelancarannya. Aku mohon. 
Aku sangat bersyukur kerna Tuhan masih sayangkan aku, masih izinkan aku untuk melakukan yang terbaik buat baki-baki semester yang ada. Terima kasih Allah. Aku cuba, untuk bangun kembali, mengejar impian yang aku selalu sebut-sebutkan dulu.


Namun, dengan masa yang mencemburui, dengan tugasan yang bertimbun, aku akui, aku sedikit rasa penat, tidur yang kurang cukup, fikiran terasa penuh dengan bebanan. Aku mencari sebuah kerehatan sebenar. Aku berbaring di atas tilam yang empuk, aku cuba tidur lebih awal, dengan harapan, bangun pagi dengan cergas. Tapi tidak, aku tidak merasai kerehatan yang aku perlukan. Ini yang bermain di fikiranku. Dengan tidak sengaja, aku teringat detik aku belajar di Negeri Serambi Mekah suatu ketika dulu ( Kelantan ). Bila teringat, dulu aku lebih sibuk dari yang sekarang. Dulu hampir setiap hari kelas awal pagi, hampir setiap malam ada saja aktiviti kelab atau persatuan, hampir setiap minggu ada saja program yang perlu aku hadiri, dan dalam masa yang sama perlu belajar, siapkan Assignments, kuiz dan sebagainya. Letih juga tapi aku masih merasai kerehatan dalam kesibukan, tidur rasa cukup walaupun lena hanya dua hingga tiga jam. 

Dan kini, aku temui semua jawabannya, kerehatan yang sebenar adalah dengan mengingati Tuhan. Kerna itulah yang selalu para ustazah, ustaz dan rakan-rakan ingatkan saat berada di kelanta dulu. Dulu niatkan semuanya kerna Allah, masih segar dalam ingatan aku dan salah seorang sahabatku setiap pagi akan peringatkan untuk memperbetulkan niat untuk belajar, kena belajar keran Allah baru berkat, saling mengingatkan agar jangan pernah lupa untuk membaca zikir Al -Ma'thurat pada waktu pagi dan petang, dan sebagainya. Dan saat ini mungkin aku kurang menghayati dan merasai masa-masa bersamaNya, mungkin ada yang kurang dalam solatku, mungkin ada yang kurang dalam zikirku, mungkin ada yang kurang pada Hafazan surahku, dan mungkin ada yang kurang pada bacaan Al Quranku. Ayuh, kita check semula diri kita, aku cakap ini lebih kepada diriku, aku yang sedang mencari kerehatan yang sebenar. 

                                                                                           


Dia selalu ada,
tapi kita selalu tak endah,
Dia kata,
Dia lebih dekat daripada Urat leher kita,
tapi kita buat tak tahu saja,
Bila sempit,
Bila resah,
Bila sakit,
Bila banyak beban,
baru sedar,
Kita hanya perlukan Dia.
Bukan media sosial, 
bukan makanan, 
bukan pergi shopping
, dan bukan hal keduniaan.
Tapi Hanya Dia,
Allah. 

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” (Qs. ar-Ra’du: 28) 

Aku doa, semoga aku dan kamu sentiasa menjadi hamba pilihanNya yang selalu mendapat Rahmat dan HidayahNya, agar masa dan usia yang Dia pinjamkan kita dapat manfaatkan dengan sebaiknya, dan aku berharap, walau kesibukan melanda kita, diri tidak lupa untuk sentiasa tunduk dan patuh pada Dia, diri tidak lupa untuk sentiasa menjaga hubungan dengan yang Esa. Semoga dengan itu, ada keberkatan dan Allah mudahkan segala urusan kita, di dunia dan akhirat kelak.

Kasihry,
Sedang Membangun Jiwa kembali.
02.07.19, 8.44 PM.






Comments

Popular posts from this blog

Untukmu, Sahabatku

Menjahit Sayapku

Saat Mendaki Tangga-Tangga Kehidupan