Membangun Diri Semula




Bulan ini, aku menyambung semula bacaan. Mengingat semula azam tahun ini, kena khatam buku sekurang-kurangnya satu buku sebulan. Aku capai buku kecil tulisan Dr Abdullah Nashih Ulwan, dengan tajuk Tarbiyah Ruhiyyah.

Buku ini dah sebulan lebih tinggalkan, dan aku perasan akan baca semula buku ini apabila diri rasa kosong, lemah dan sedih. Seminggu ini, aku banyak bermonolog bagaimana keadaan hati saat ini, kenapa timbulnya rasa malas, kenapa rasa lemah, dan semua kenapa..kenapa..dan kenapa.. Korang pernah rasa seperti ini?

Helaian demi helaian aku baca, tulisan beliau sangat kena pada hati, sangat menjentik hati yang mungkin sudah lalai dengan dunia. Kesibukan duniawi menjadikan diri lupa, malas, dan tidak khuyuk dalam hubungan dengan pencipta.

Aku tinggalkan kerja-kerja dan Assignments yang lagi 5 hari untuk di hantar. Tinggalkan buat seketika untuk mencari hati semula. Aku tahu, selagi hati masih terasa lemah, buat apapun susah untuk menghadirkan hati, duduk depan laptop saja pun idea tidak muncul, hanya termenung dan fikiran melayang.

Aku teruskan membaca, sehinggalah aku tertarik pada surah yang beliau kongsikan berkenaan dasar mujahadah “ Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan )Kami, benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik ” Surah Al-Ankabut ayat 69.

Sungguh hati seperti bangkit semula setelah membaca terjemaah ayat tersebut, kita semua tahu, tetapi manusia selalu lupa. Sungguh ayat-ayatNya adalah petunjuk dan penyejuk buat hati yang gundah. Mengalir air mata, terasa seperti Allah masih sangat menyayangi, sebab itu Dia temukan dengan ayat tersebut tepat pada keadaan diri saat itu.

Menurut beliau lagi, apabila seorang mukmin terseret dalam kemalasan, santai, cinta dunia, dan tidak melaksanakan lagi amal-amal Sunnah serta ketaatan lainnya tepat pada waktunya, maka harus memaksa dirinya melakukan amal-amal Sunnah lebih banyak dari sebelumnya. Juga perlu tegas, serius, dan penuh semangat sehingga pada akhirnya ketaatan merupakan kebiasaan yang mulia bagi dirinya dan menjadi sikap yang melekat pada dirinya.

Aku sedar, peringat inilah yang sedang aku perlukan. Pekerjaan dan tuntutan untuk belajar adalah jihad kecil bagi seorang hamba. Aku muhasabah semula, menulis segala kekurangan diri satu persatu yang perlu diperbaiki, menulis perkara-perkara yang aku perlu dahului, mempertimbangkan perkara apa yang lebih utama saat ini dan perkara yang aku boleh lakukan dikemudian hari. Menyusun semula jadual, agar semuanya dapat dilakukan dan diselesaikan tepat pada masanya.

Perlahan-perlahan, membangkitkan semangat dalam jiwa, memperingat diri bahawa usia, masa dan seluruhnya diri sendiri yang akan dipertanggungjawabkan saat dunia sudah musnah. Ingatkan diri juga, bahawa Allah tidak pernah sesaatpun terlepas pandangan diri kita. Tutuplah mata, Tarik nafas sedalamnya, kita beristigfar bersama.

Semoga sedikit perkongsian ini, menjadikan kita ingat semula apa sebab kehadiran kita di dunia, semoga kesibukan urusan dalam kehidupan kita, tidak menjadikan kita lupa kepadaNya. Aku doakan semoga semuanya sentiasa di dalam RahmatNya, selamanya. Doakan buat diri ini juga.

Kasihry,
Membangun diri semula.



Comments

Popular posts from this blog

Menjahit Sayapku

Ada~~

Malam Yang Pekat