KISAH YANG BERBEKAS ( Part 3 )

Aku melangkah dengan tenang apabila keluar daripada bilik bahagian ke dua. Aku dan rakan-rakan hanya tinggal perlu menunggu untuk dipanggil ke stage yang terakhir, iaitu bilik bahagian ke 3 iaitu berkaitan pengetahuan ilmu Feqah.

Sambil-sambil menunggu giliran, aku membaca nota-nota feqah yang aku simpan di dalam telefon. Alhamdulillah, beberapa minit kemudian, sudah saatnya giliran aku untuk masuk ke dalam bilik tersebut. Aku mengetuk pintu dan belum sempat aku memberi salam, ustaz tersebut terlebih dahulu menyapa aku dengan " Assalamualaikum ustazah, silakan masuk " dan senyuman di wajahnya. Aku sebagai calon, apabila penemuduga begitu nampak ceria dan mesra, aku lebih tenang sebenarnya untuk meneruskan sesi tersebut. *Siapa pernah alami? rasa tenang bukan? hehe 

Sebelum meneruskan sesi soalan jawab, ustaz tersebut perkenalkan dirinya serba sedikit lalu menyatakan sebab kenapa beliau gelar "calon" sebagai ustazah. Katanya " InshaAllah kamu akan bergelar seorang ustaz atau ustazah, jadi ustaz harap, banyakkan belajar, membaca mendalami ilmu agama, kerana masyarakat melihat diri kamu, dan akan menggelar kamu sebagai ustazah setelah diterima menjadi Guru Kafa , jadi kena biasakan " Aku menjawab dengan senyuman lebarku dan mengatakan "inshaAllah ustaz, andai ada rezeki untuk saya "

Sesi soalan jawab pun bermula, soalan yang diberikan padaku adalah berkaitan dengan jenis-jenis najis dan soalan berkaitan situasi apabila terkena dengan salah satu daripada jenis-jenis najis tersebut. Awalnya aku terdiam sekejap memikirkan jawapan, lalu aku suarakan saja jawapan yang terlintas difikiran. Sebenarnya, dalam banyak-banyak bab feqah tentang najis pula yang aku lupa untuk ulangkaji, akhirnya aku jawab saja berdasarkan pengalaman dan ilmu yang pernah aku baca dan dengar sebelum ini. 

Sesi soalan jawabpun berakhir, sebelum melangkah keluar, ada juga pesanan yang ustaz berikan kepadaku, " Ustazah harus lebih banyak belajar, membaca dan cari guru,ya ustazah " terasa lembut saja nasihat beliau lalu aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kepadanya. 

Alhamdulillah, semua sesi IV sudah berakhir. Kami semua sudah lega. Semua calon hanya perlu menunggu untuk ke peringkat ujian saringan. Andai lulus iv (lisan), barulah boleh mengikuti ujian tersebut iaitu ujian sahsiah. 

Haripun sudah petang,
Aku segera menelefon mak, untuk mengambil aku di tempat tersebut, saat itu perut tersangat lapar dan maigrin sudah tidak dapat dibendung. Yala, dari pagi sehingga ke petang melalui iv. 

Bersambung~








Comments

Popular posts from this blog

Menjahit Sayapku

Ada~~

Malam Yang Pekat