Malam itu



Selepas membuat tugasan sekitar pukul 11 malam. Habis awal sebab mata sudah letih melihat laptop, jari surah lengguh menaip ayat hehe. Lalu, aku bersedia untuk tidur awal kononnya, aku matikan lampu, dan macam biasa, kebiasaan sebelum tidur aku mesti mendengar beberapa ceramah atau tazkirah pendek di youtube. Sambil-sambil dengar ceramah, satu chat masuk dari aplikasi WhatsApp. Aku berhenti sekejap daripada mendengar ceramah, lalu aku lihat apps itu. Rupanya ada seseorang yang memberi respon dari status WhatsAppku. Setelah itu, insan tersebut bertanyakan khabarku, aku juga bertanyakan khabarnya. Cuma katanya, Hatinya yang sedang sakit. Aku bertanya dengan ayat " Alaaa, kenapa ". Lalu katanya ada banyak masalah. Apa yang membuatkan aku tidak jadi tidur itu apabila insan itu bertanyakan dengan kata mudahnya " Macam mana mahu sembuhkan hati yang sakit ? ". Allahu, saat itu, soalan itu seperti sedang menegur diriku namun lewat soalan dan orang lain. Aku katakan padanya, aku yakin, dia lebih tahu apa yang patut dia lakukan untuk menyembuhkan hati. Cuma, mungkin aku hanya menjadi jalan untuk kita saling ingat mengingatkan. 

Bagi aku, tiada jalan yang lain, atau tiada jalan yang singkat untuk menyembuhkan hati yang sakit. Melainkan kembali kepada Allah. Dekatkan diri dengan Al Quran dan banyakkan beristigfar. Aku katakan lagi, mungkin jawapan ini agak cliche bagi sesetengah orang, tapi yakinlah bila kita kembalikan urusan dan masalah kita kepada Dia, akhirnya nanti semuanya pasti akan menjadi mudah, dan hikmahnya juga akan dapat dirasai. Saat itu, kita lebih bersyukur kerna menjadi hamba pilihanNya untuk diuji.

Aku juga cuba menjadi pendengar yang baik, walaupun hanya lewat telefon pintar, kerna aku yakin, siapapun yang Allah datangkan bukan kerna kebetulan, tapi ianya adalah suatu ketetapan, untuk aku mengambil ibrah darinya. 

Kita semua sama, masing-masing ada ujiannya. Berat atau ringan sesuatu ujian itu, semua bergantung dengan cara kita mengawal dan bertindak ke atasnya. Kerna yang pasti, ujian yang hampir, bukan untuk menyusahkan kita, tapi ujian yang hampir adalah untuk meningkatkan darjat kita andai kita orang yang sabar, dan bertaqwa. 

Kita semua sama, kadang mudah lemah dan ingin give up untuk terus berada dijalan kebenaran. Ingin Istiqomah untuk tetap sabar dalam ujiannya, namun seringkali ingin memusnahkannya. Tapi yakinlah, andai kita mujahadah untuk bersabar dan ikhtiar dengan doa, pasti berita gembira akan hadir memberi kebahagian buat kehidupan kita.

Namun dalam proses seorang itu melalui ujian dan ingin menjadi lebih baik, hargailah proses kehidupan orang lain. Andai ada yang datang meminta nasihat, berikanlah sekalipun diri merasa tidak layak untuk memberikan. Siapa tahu, dengan memberikan nasihat itu, diri juga turut berusaha untuk memperbaiki diri daripada yang sebelumnya. Andai ada yang datang untuk meluahkan segala rasa, jadilah pendengar yang baik, mereka itu tahu kaedah menyelesaikan, cuma mereka mungkin hanya butuh telinga untuk mereka meluahkan rasa yang terpendam. 

21: 87 , 28 : 56 , 39 : 23, 18 : 10. 

Terima kasih,
sebab percayakan diriku,
menjadi perantara untuk dia,
yang sedang mencari solusi,
buat hati dan fikirannya,
Terima kasih,
sebab hadirkan dia,
untuk menegurku,
tanpaku duga hadirnya,
Terima kasih,
lewat saudaraku,
aku lihat dan rasa,
cintaMu padaku dan dia.
Terima Kasih Allah.

Kasihry
061119 0430 PM

Comments

Popular posts from this blog

Untukmu, Sahabatku

Menjahit Sayapku

Ada~~