Posts

Showing posts from 2020

Malam itu

Selepas membuat tugasan sekitar pukul 11 malam. Habis awal sebab mata sudah letih melihat laptop, jari surah lengguh menaip ayat hehe. Lalu, aku bersedia untuk tidur awal kononnya, aku matikan lampu, dan macam biasa, kebiasaan sebelum tidur aku mesti mendengar beberapa ceramah atau tazkirah pendek di youtube. Sambil-sambil dengar ceramah, satu chat masuk dari aplikasi WhatsApp. Aku berhenti sekejap daripada mendengar ceramah, lalu aku lihat apps itu. Rupanya ada seseorang yang memberi respon dari status WhatsAppku. Setelah itu, insan tersebut bertanyakan khabarku, aku juga bertanyakan khabarnya. Cuma katanya, Hatinya yang sedang sakit. Aku bertanya dengan ayat " Alaaa, kenapa ". Lalu katanya ada banyak masalah. Apa yang membuatkan aku tidak jadi tidur itu apabila insan itu bertanyakan dengan kata mudahnya " Macam mana mahu sembuhkan hati yang sakit ? ". Allahu, saat itu, soalan itu seperti sedang menegur diriku namun lewat soalan dan orang lain. Aku katakan pad

Ujian yang berbeza

Ada orang diuji dengan kesusahan, tapi masih mampu menjadi tangan yang diatas, Ada orang diuji dengan kesakitan, tapi masih mampu memberi kegembiraan, Ada orang diuji dengan kehilangan, tapi masih mampu memberikan senyuman, Ada orang diuji dengan ujian yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, tapi masih mampu tegar meriuhkan suasana.  Ujian kita tiada yang sama, Kita merahsiakan,  menyimpan suka duka, diluahkan hanya kepadaNya, Walau ujian kita berbeza, Walau ujian kita tiada yang tahu, tapi yang teruji,  perlu tahu, ada yang lebih hebat dari ujian dirimu, ada yang lebih sakit, lebih susah, lebih perit, melalui ujiannya, Jadi, tetaplah bersabar atas ujian yang menimpa.  Selamat Berjuang. Kasihry, 25022020.